KURA-KURA DENGAN MONYET ON Saturday, 21 May 2011 AT Saturday, May 21, 2011
hello dude..!!
slamat petang..
arie nie kite na share satu cite ngan korang..
tp mb korang rase cte nie cam cte bdak2 ble tngok tajok nye an..??
aaahhh,, tp ade kite ksah ka..?!
hehhhh..><
cte nye brmule :
Pada suatu hari tersebutlah kisah mengenai kura-kura yang rajin berusaha. Beliau telah menanam pelbagai jenis tanaman antaranya pokok manggis, pokok cili, pokok durian, pokok tomato dan pokok ciku.
Ketika kura-kura sibuk membersihkan kebunnya datanglah seekor monyet meminta simpatinya. Tolong, tolong sudah 3 hari aku tidak makan, kasihanilah aku, lihatlah badan aku ni kurus kering, bantulah aku kura-kura`. Kata monyet kepada kura-kura.
Kura-kura pun begitu simpati kepada monyet lalu berkata `monyet kasihan sungguh aku melihat keadaan kamu. Makanlah sepuas-puas hati kamu mana-mana tanaman aku yang kamu suka`. Monyet yang gelojoh itu melihat pelbagai jenis buah-buahan dan sifat tamaknya sudah mula timbul.
Tiba-tiba monyet ternampak pokok yang berbuah merah. Dia begitu berselera untuk makan buah tersebut.`Kura-kura aku nak makan buah yang bewarna merah itu`. Kata monyet kepada kura-kura. `Tidak boleh monyet buah itu bukan untuk kita, buah itu untuk makanan manusia`. Jawab kura-kura.
Tanpa menghiraukan nasihat kura-kura, monyet terus menuju ke arah pokok tersebut dengan berkata `aku tidak peduli, aku nak juga buah itu`. Lalu monyet pun memetik segenggam cili padi yang masak bewarna merah dimakannya dengan gelojoh. Selepas beberapa saat kemudian, monyet merasakan kepedasan yang tidak terhingga. Berkipas akhirnya monyet yang degil itu di bawah sebatang pokok. Itulah akibatnya orang yang tidak suka mendengar nasihat.


itu sajelah cite arinie,,
kalo rase boring dengan cte nie chill saje oke..☺☺
maklumla inikan cerite zaman tadika dulu..
tapi sblom 2,,
na habaq mai pngajaran dari cte nie :
►Kajilah sesuatu itu dahulu sebelum bertindak. Fikirkan akibat yang kita akan hadapi. Dengarlah nasihat orang lain yang terlebih dahulu tahu selalu ilmu kerana mereka lebih tahu daripada kita. Terutamanya orang yang berilmu, beriman dan beramal (macam moto PPIM daa) kepada Allah SWT.