music Player goes here
[ ]
GPZ







✿ LINK 1
✹ LINK 2
✖ LINK 3
☂ LINK 4
✈ LINK 5
+
+

puisi 14.12.2011 ON Wednesday 14 December 2011 AT Wednesday, December 14, 2011
assalamualaikum ?
perrghh ! masam gile kau nie GPZ. Berkeladak + berdaki pulak tu ! kesian kau, dapat tuan yang memang 'rajin' nak mengupdatekan kau kan ?
(sorilah bloggie ! GPZ didahulukan, EXAM diutamekan ! exam tu umpame nyawe bagi aku, kau ni sampingan je ;p) tapi kau jangan risau, insyaallah, lepas nie aku akan meluangkan lebih banyak mase degan kau GPZ :)
aishhh, back to the basic !
meh nak berpuisi sikit :
_________________________________________________________________________________

14 bulan 12 2011,
dari saat ke minit,
dari minit ke jam
dari jam ke hari,
aku menanti dirimu,
namun kau masih mendiamkan diri.

aku menanti lagi,
dari pagi ke tengah hari,
dari tengah hari ke petang,
dari petang sehingga malam aku menunggu,
di pagi yang hening jua kau muncul.

14 bulan 12 2011,
kedatangan kau ku sambut dengan penuh kesukaan,
tanpa ada sedikit kesedihan yang tercalit,
kerana perjuanganku telah sampai ke penghujungnya,
segala jerit payah yang ku tanggung,
telah ku semadikan bersama pemergian kau,
hanya ketentuanNya sahaja yang dapat menentukan segalanya.
aku hanya insan yang tidak berdaya mengatasi keagunganNya.

tetapi 14 bulan 12 2011,
pemergian kau hanya dari saat ke saat,
menimbulkan kesan yang mendalam,
berlalunya engkau telah
meragut segala persekitaran yang indah,
sekelip mata sahaja,
aku terpaksa berpisah dengan
sekolahku, guru-guruku, bangkak guardku,
dan yang paling berharga,
57 ragam sahabatku.

14.12.2011
andai sahaja,
pemergian kau tidak meragut segalanya,
sudah pasti aku tidak berpeluang
menikmati, menyelami, menyemai
perasaan rindu di dalam hati,
biarpun ada sedikit kesengsaraan.

berlalunya 14 bulan 12 2011,
tiada lagi sayup kedengaran
gelak tawa, terpekik-telolong,
sakat-menyakat, umpat-mengumpat 57 sahabat,
kini,
masing-masing menentukan hala tuju sendiri.

14 bulan 12 2011
mungkin ada hikmah disebalik perjalanan kau.
aku hanye berserah akan ketentuanNya.

coretan : gdah (original from my otak)

*coretan ini hanye rekaan semata-mata untuk mengisi masa singgangku (sementara menganggur). tidak bertujuan untuk menyakitkan hati sesiapa (maap.maap kalau tersaket hati). ditujukan khas kepada PRA-U SEMESCO <3
____________________________________________________________________________

wahhh,
akhirnye siap juga puisiku.
agak-agak kalah tak A. SAMAD SAID ?
hahaa~

P/S : serius memang dah rase rindu kat PRA-U SEMESCO ! <3 <3

Labels:


0 CHEONSA